29
“Awwwwww..”
Masing-masing mengeluh apabila mereka mendapat tahu
bahawa En. Firdaus telah ditukar ke sekolah lain. Paling memeranjatkan lagi
apabila mereka mendapat tahu En. Jamil akan menggantikan sebagai jurulatih
mereka untuk sesi physical education
yang diadakan setiap hari.
Mia hairan apabila semua kawannya membuat reaksi
yang pelik apabila jurulatih mereka yang baru datang.
“Pssst.” Mia
memberi isyarat kepada Sofie yang berdiri tidak jauh di hadapan darinya.
Kelihatan Sofie menoleh.
“What’s
up?”
“Awak tengok saja.”
“TIT..TIT..TIT” Pelbagai banyak bunyi yang
kedengaran di balik poket seluar sukan masing-masing. Ramai yang menyeluk saku
untuk memeriksa sms yang baru diterima, setentunya dari MG.
“Switch off
your phone during my p.e session.” En.Firdaus memberi amaran. Mati niat
mereka semua untuk membaca mesej yang diterima.
Mia masih lagi bingung. ‘Why he seems so uninvited?’
“Ok guys, dengar
sini ya. Let’s start with our warming
up session.” Nada suara En.Firdaus bertukar lembut. Bukan lembut biasa,
ini lembut luarbiasa.
‘Oh, pasal tu rupanya!’
“Awwwwwwh…” Sekali lagi mereka semua mengeluh. Mia
semakin keliru. Apa yang tidak kena dengan cikgu mereka yang baru ni? Memanglah
dia lelaki lembut. Tapi takkan itupun jadi masalah?
“Ok, kita mulakan dengan gerakan kepala. Satu, dua,
tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan. Kanan, kiri, atas bawah. Lagi sekali,
satu, dua, tiga……”
4-1-1:
Three words. Long, repetitive and memorable.
Bonne chance mes amis :)
Mereka semua terpaksa mengikut apa yang diarahkan
oleh jurulatih jasmani mereka. Mula-mula Mia dapat menerimanya dengan hati yang
lapang dan merasakan yang jurulatih mereka memang tidak ada masalah pun. Namun
setelah setengah jam berlalu, Mia dapat merasakan lelahnya apabila En.Firdaus memakan masa yang begitu
lama hanya untuk memanaskan badan. Dari kepala, tangan, badan, pinggang, kaki
sampai mereka duduk. Sesi memanaskan badan belum berakhir lagi. Mia menoleh ke
arah Nik, Dani, Jj, Ishq dan semua ahli Ultra
Jumper yang melakukan senaman memanaskan badan dengan mata mereka yang
terpejam. Mereka sudahpun hafal dengan style
pergerakan En.Firdaus.
Mia menghela nafas berat. ‘Is this even legal?!’
Ditolehnya ke arah Mira, rakan sekelasnya yang
bagaikan orang tidur di sebelah. Bezanya anggota badannya bergerak mengikut
pergerakan En.Firdaus. Bukan saja dia, hampir ke semua rakannya di sekeliling
memejamkan mata mereka.
‘Wow! Diorang hafal semua steps ni? Mau
berapa lama lagi ni??’ Mia menggerutu di dalam hati.
Dengan riak mukanya yang berkerut-kerut.
Tiba-tiba Sofie menoleh ke arahnya. “See?” Biar pun jauh, Mia dapat
membaca gerakan bibir sahabatnya itu.
Mia hanya sekadar mengangguk sambil tersenyum tawar.
--
Selesai saja melakukan senaman ringan yang lama
tadi, kumpulan bola keranjang MIS, Ultra
Jumper telah diarahkan untuk memulakan latihan mereka. Ini menambahkan
bosan bagi penuntut perempuan yang tidak terlibat sama dalam latihan tersebut.
“Sir, boringlah.
Kami yang perempuan ni nak buat apa?” Meletus satu suara di belakang. Mereka
semua memalingkan perhatian, rupanya Kartina.
“Kamu buat apa yang patut. Main bola jaring ke..apa
ke.” Jawab En.Firdaus acuh tak acuh sambil memerhatikan gerak geri ahli UJ yang
kini sedang berlari ke sana ke mari menuju ke arah bola.
“Apa ni? Kan court
dah kena conquer leh UJ
tu.” Farhana menyampuk.
“Hish, alang-alang kamu pergi sorak ajelah. Kan kamu
ni member Cheerladies.
Pergilah.”
“Well, not
all of us.” Tiara menjawab.
“Screw you
Drama Queen. Come on girls!” Farhana membidas sambil menjeling ke arah
Tiara. Mereka semua berpandangan. Apahal pula dengan Farhana ni?
Serentak itu, semua ahli Cheerladies bingkas bangun
dan terus berdiri berhampiran dengan court
bola keranjang. Mereka melakukan gerak tari yang biasa menjadi rutin
latihan mereka. Kini hanya tinggal Tiara, Mia, Lara dan Sofie saja yang duduk
di bangku gymnasium. Lama
mereka memerhatikan gelagat Farhana.
“Kenapa
dengan dia tu?” Mia menyoal, kemudian mengerling ke arah Tiara.
“Screw me?
Screw her!” Tiara menempik, meluat dengan perangai Farhana. Soalan Mia
ditinggalkan tidak berjawab.
“Sabar je Tiara. Dia tu memang angin orangnya.” Lara
cuba menenangkan Tiara.
“Ergh! Why
am I wasting my time here when I have the chance to finish my ‘community service’.”
“OUR community service.”
Ujar Sofie membetulkan ayat Tiara, sedikit sebanyak kedengaran nada menyindir.
“Whatever!
Im outty.” Cuwek, Tiara bingkas bangun tanpa menghiraukan Sofie. Lara
mengikutnya dari belakang.
Mia dan Sofie masih lagi duduk melihat Nik dan
pasukan UJnya fokus berlatih. Mia merasa kagum juga melihat kehandalan Nik
dalam permainan bola keranjang itu.
“Abang Nik is
the UJ captain.” Tiba-tiba Sofie bersuara, memecahkan kesunyian di
antara mereka. Mia terpempan, ia memandang Sofie dengan riaksi hairan.
Sofie tergelak kecil. “Dari muka awak, aku dah tahu
yang awak sebenarnya tengah pikirkan abang Nik, kan?”
Tidak tentu rasa Mia dibuatnya. Kantoi pula.
“Taklah!”
Cepat-cepat ia berdalih.
Sofie menyepetkan matanya, tanda tidak percaya akan
kata-kata Mia. Semakin kalut pula Mia dibuatnya.
“Fie….” Mia
mengalah, seakan-akan ia mahu memberitahu Sofie sesuatu. Tetapi entah kenapa ia
berhasrat untuk memendamkan saja hasratnya itu.
“Hmmm?” Sofie masih lagi menunggu.
“I think we
should go do our ‘community service’.” Balasnya sambil berkira-kira
hendak bangun.
“Go! Go! Go
Nik! Je t’aime!” Tiba-tiba kedengaran suara Farhana menjerit. Nik yang
ketika itu sibuk fokus untuk menjaringkan bola berhampiran kawasan gol terus
mengalihkan pandangannya ke arah Farhana. Ia terkejut! Ia tahu akan makna ayat
yang baru saja dilontarkan oleh Farhana tadi. Lama mereka berpandangan. Mia
juga ikut terpempan, bukannya ia faham akan bahasa Farhana sebentar tadi, yang
menjadi persoalan sekarang kenapa Nik nampak begitu terkejut? Lama ia berdiri
memerhatikan Farhana dan Nik bersilih ganti. Sofie dan pelajar lain seakan-akan
tidak mendengar akan jeritan Farhana tadi. Mungkin mereka juga tidak faham akan
maksudnya.
Nik keliru. Kini terimbau semula akan kenangan dua
tahun lepas apabila ia sendiri yang menyatakan ayat ‘Je t’aime’ itu kepada Farhana, tanda ia meluahkan isi hatinya
kepada perempuan itu. Kini, Farhana pula yang berkata sedemikian kepadanya.
“Nik?! Kau buat apa tercegat di situ?! Shoot the ball dude!” Dani menjerit
marah melihat Nik kaku bagaikan robot. Terpinga-pinga lelaki itu memandang
jaring, ia cuba menjaringkan bola di tangan, malangnya oleh kerana ia hilang
fokus disebabkan Farhana membuatkan bola yang dihumban gagal masuk jaring.
“Shiz!”
Terpacul ayat itu dari mulut Nik. Ia menyumpah diri sendiri kerana begitu cepat
hilang fokus dek jeritan Farhana. Sekali lagi ia mengerling ke arah perempuan
itu. Kelihatan Farhana masih lagi menajamkan pandangannya ke arah lelaki itu.
Ia dapat melihat akan tenungan penuh harapan di mata Farhana.
‘Apa
dia nak kali ni?’
“Kau ni Nik! Nasib practice saja tau! Kalau tadi tu real game, macammana? Habis UJ! Fokuslah Nik..apahal yang
membuatkan kau kaku macam robot semput tadi tu?!” Taufik membebel.
“Sorrylah
guys, tiba-tiba saja aku hilang
fokus tadi...” Nik membalas.
“Iyelah tu.” Jj menyampuk sambil bercekak pinggang,
turun naik dadanya menahan nafas akibat berlari tadi. Sebenarnya ia sendiri
turut faham akan makna ayat Farhana tadi, cuma ia malas hendak menghebohkannya.
“Amboi, bukan main chill lagi kamu ni ya. Nik! Get your head in the game!” Ujar En.Firdaus. Sejurus itu mereka
semua berbalik ke posisi masing-masing.
“Mia! Tadi awak yang beriya-iya sangat nak pergi,
ini…termenung pula? Apasal?” Sergah Sofie membuatkan Mia tersentak.
“Nothing.”
Pendek ia menjawab.
“Kalau macam tu, jom.”
Mereka berdua berlalu meninggalkan kawasan gymnasium tersebut. Entah kenapa Mia
merasakan kelainan di hatinya sebaik saja ia melihat Nik dan Farhana
bertentangan mata seketika tadi. Mungkinkah panah cemburu? Ataupun ianya hanya
rasa ingin tahu?
‘Tapi kalau aku nak tahu pun, kenapa aku
rasa unease kat Farhana?’
Farhana dapat merasakan peluangnya untuk kembali
bersama Nik begitu cerah sekali. Ia merasa sungguh gembira apabila Nik perasan
akan ayat yang dijeritkannya lagi. Baginya ia tidak ada salah apa-apa kerana
dalam hal ini Mia yang bersalah. Dulu ia sendiri pernah berterus-terang kepada
Mia tentang perasaannya terhadap Nik. Sakit hatinya apabila ia mendapat tahu
yang pelajar baru itu telah mendapatkan Nik lebih pantas dari dia. Ia mahu
merampas balik apa yang dirampas oleh Mia.
No comments:
Post a Comment