Thursday, February 16, 2012

me2u (30)


30


Badannya dihempaskan ke atas katil, pandangannya dihadapkan ke atas. Lama ia memandang siling biliknya. Dahinya diurut perlahan. Ia memejamkan mata, cuba untuk menenangkan fikirannya yang berserabut. Ia cuba sedaya upayanya untuk melupakan kisah tadi. Hanya dengan satu bahagian tadi saja boleh menukar moodnya menjadi muram. Hatinya merasa gelisah, sampaikan ia tidak dapat menumpukan perhatiannya sewaktu menunaikan ‘denda-perkhidmatan-awam’nya tadi.
“MIA, awak ok ke? Aku tengok badmood semacam je? Apasal ni?” Sofie menyoal.
“Tak ada apa-apa.”
“Awak sure ke tak ada apa-apa ni?”
“Ermm, saya cuma nak tahu history Nik dengan Farhana dulu?” Tiba-tiba Mia menyoal tanpa membalas soalan Sofie tadi.
Sofie menghela nafas. “Ya Allah, pasal mereka berdua ke yang buat awak murung semacam dari tadi ni? Kenapa? Awak cemburu eh?” Ia berseloroh.
Mia tersenyum simpul. “Awak tak dengar ke Farhana ada shout something kat Nik tadi?”
“Ya ke? Aku dengar tadi ia jerit ‘go, go Nik’ je.”
“No, there’s more….”Mia memperlahankan suaranya. “She said something like….‘Je..t’aime?’ Well basically I don’t even know what the hell was that mean.” Ia cuba berlagak tenang.
MIA masih lagi memandang siling biliknya. Mindanya berputar mengikut putaran kipas yang melekat di siling bilik. Ia masih lagi dapat mengimbas reaksi Sofie apabila ia memberitahu akan ayat bahasa asing tadi. Sofie tampak terkejut! Ditanya soalan, lain pula jawapan yang diberikan. Sofie menyuruhnya bertanya terus ke arah Nik.
“And yes, they had history before.” Kata-kata Sofie terngiang-ngiang di balik mindanya yang berserabut. Hanya itu saja yang dikatakan Sofie. Urgh! Bertambah stress pula dia.
‘Oh yeah!’ Timbul satu ideanya. Ia bangun dan terus meluru ke arah telefon bimbitnya. Ia cuba mencari makna ayat tadi menerusi laman google. Tetapi belum sempat ia menaip ayat tersebut, kedengaran satu ketukan di pintu. Sejurus itu, kelihatan Fiza menjengulkan kepalanya di balik pintu.
“Ada surat untuk cik Mia.” Ujarnya sambil menghulurkan sampul surat kepadanya.
Belum sempat ia membuka sampul surat itu, telefon bimbitnya berdering menandakan ia menerima satu sms. Mati niatnya untuk membaca isi kandungan surat tadi.
Awak lupa ke dance practice kita petang ni?
Mia terus kalut berlari keluar apabila ia menyedari yang ia terlupa akan latihan menari dia dengan Nik pada petang itu.
**
“Nik, im very sorry! Saya terlupa kita ada dance practice petang ni.” Ujar Mia apabila ia sampai diperkarangan bangunan HND. Rasa bersalah juga melihat Nik duduk termangu di bahagian tangga menuju ke studio Mia.
“Tak apa.” Jawab Nik pendek. Macam merajuk juga. Macam tak juga. Tapi Nik kelihatan serius semacam je pada hari itu. Mia hanya dapat mendiamkan diri kerana ia sendiri sedar memang salahnya juga. Sepatutnya latihan mereka bermula sejam yang lalu.
Sepi menyelubungi suasana. Masing-masing tidak bersuara sepanjangan mereka naik ke atas. Apabila mereka masuk ke dalam, macam biasa Mia memasang penghawa dingin dan pemain musik yang tersedia. Mereka mengambil masa 5 minit melakukan senam ringan dulu. Mia semakin tidak tahan akan situasi tersebut. Dari tadi Nik hanya mendiamkan dirinya.
“Saya benar-benar minta maaf, saya tak….”
“Save it, it’s not that.” Nik terus memotong.
Mia terkesima, tidak faham akan maksud lelaki itu. Berkerut-kerut dahi Mia memandangnya.
“Ok, let’s start this thing.” Nik menepuk tangan sambil tersenyum. Mia pula semakin keliru, namun ia lega juga apabila melihat mood Nik berubah gembira.
Nik mencuba sedaya upayanya untuk melupakan kejadian tadi. Ia memang tidak menyalahkan Mia, namun dalam masanya ia menunggu gadis itu di tangga tadi, ia terserempak dengan Farhana yang kebetulannya hendak pergi ke kelas menari pada waktu itu.
“HAI.” Sapa Farhana.
Nik mendongak. “Uuh..hai.”
“Awak buat apa kat sini?”
“Oh ya. Setahu saya awak ada latihan menari dengan Mia kan?” Farhana menyambung lagi tanpa memberikan Nik peluang untuk membalas soalannya.
Nik hanya sekadar mengangguk.
“Saya naik dulu ya. Bye.” Farhana berkira-kira untuk menaiki tangga.
“Farhana.”
Panggilan Nik membuatkan Farhana memberhentikan langkahnya.
“Pasal…” Nik ragu-ragu.
“Hmm?”
“Apa maksud awak tentang….”
“Pasal je’t’aime tu?”  Farhana tersenyum simpul. “Kan dulu kita satu kelas bahasa Perancis. Saya percaya, tak semudah itu awak lupa akan makna ayat tu.”
Nik merengus perlahan. “Permainan apa lagi kau nak bagi kat aku kali ni?”
Terukir senyuman sinis di bibir Farhana. “Getting you back.” Selamba ia membalas lalu ia terus naik ke atas.
MIA menampar lengan Nik. Terpinga-pinga lelaki itu dibuatnya. Ingatannya tentang kejadian ia terserempak dengan Farhana di tangga tadi terus melayang entah ke mana.
“Sorry..sorry.” Ia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sebentar kemudian mereka memulakan latihan mereka diiringi dengan lagu Because you loved me.
Masing-masing dihujani dengan perasaan yang bercabung. Butterflies. Apatah lagi sambil mereka menari, mereka berdua bertembung mata. Mia merasa tidak tentu rasa. Begitu juga dengan Nik. Namun mereka tetap meneruskan latihan mereka. Mia semakin tidak dapat menahan perasaannya yang semakin menggunung. Entah macammana ia boleh tersalah langkah membuatkan ia tersadung ke belakang, nasib baik Nik dapat mencapainya dari tergugur ke bawah. Kini semakin hampir pula jarak mereka berdua.
Mia kalut. “Uh…em..er..”
“Kenapa dengan awak ni?”
“Saya……..tandas kejap.”  Ayat Mia semakin tidak menentu, terus saja ia berlalu ke tandas. Nik hanya membisu sambil memerhatikan Mia berlalu. Daun pintu di tutup, lalu ia menyandarkan tubuhnya di balik pintu sambil menyentuh dadanya. Semakin hari, perasaannya semakin berkecamuk. Lebih-lebih lagi apabila ia mengingatkan kejadian di gymnasium tadi.
ZUPPPP!
Keadaan terang tadi sudah bertukar menjadi gelap gelita. Mia panik! Hatinya berdegup kencang. “Nik?!” Terus ia keluar cuba mencari kelibat lelaki itu. Namun ia tidak dapat melihat apa-apa pun kerana pandangannya penuh dengan kegelapan.  
“Where is he?!” Nada suaranya bertukar cemas. Ia duduk di lantai sambil memeluk kedua kakinya. Perasaan takutnya tidak dapat dibendung lagi, ia terus menangis ketakutan. Nik yang bersembunyi di belakang tidak jadi untuk menyakat apabila ia mendengar suara tangisan Mia. Tiba-tiba lampu elektrik kembali terpasang, dan pada masa itulah ia matanya memanah ke arah kelibat Mia yang sedang menangis ketakutan.
“Mia, awak tak apa-apa?” Soalnya risau.
Mia tidak membalas apa-apa, ia hanya terus menangis. Nik menggosok ubun-ubun Mia perlahan. Ia sendiri naik panik, kerana memang bukan kepakarannya dalam bab memujuk perempuan ni. Tetapi dari apa yang dilihatnya, ia dapat mengesan akan apa yang dilalui Mia. Menggigil dan menangis ketakutan dalam kegelapan.
“Ssssshhh, it’s okay now. Nothing to worry about. Im right here. Don’t be afraid. Sshhhh.” Lembut nada suara lelaki itu memujuk.
Tidak lama kemudian, keadaan Mia kembali reda. Sunyi menyelubungi suasana lagi.
“Awak pergi mana tadi?!” Tiba-tiba Mia melenting, air matanya dikesat kasar.
“Maaflah. Sebenarnya tadi tu, saya main-main je. Tak sangka pula…..” Nik tidak jadi meneruskan ayatnya. Kalau tidak, boleh jadi bahan pertengkaran pula. Ia sendiri pun malas hendak bergaduh dengan Mia lagi.
“Achluophobia?” Tiba-tiba Nik menyoal. Lama ia memerhatikan riak wajah Mia yang merah akibat menangis tadi. Lambat-lambat Mia mengangguk. Nik terus terdiam, tidak sangka juga Mia mempunyai fobia terhadap kegelapan. Rasa bersalah mula menghimpit dada.
“Im sorry.”
“It’s ok.” Mia tidak semarah tadi. Hatinya bertukar lega. Tiba-tiba ia teringat pula akan kisah Nik dan Farhan di kolej tadi.
“Hmmmm, Nik.” Mia memanggil. “Can I ask you something?”
“Apa dia?”
Mia terdiam seketika. Takut juga Nik menyangkanya penyibuk kalau ia bertanyakan tentang Farhana.
“It’s about Farhana.”
Berkerut dahi Nik mendengarnya, hairan macammana Mia boleh tahu tentang perempuan itu.
“I mean Sofie did told me that you both had history before…Im just curious.” Tidak tentu rasa menyerang Mia. Takut Nik marah pula.
Nik hanya tersenyum ketawa. “Come, let’s continue our dance practice.” Ia sengaja tidak membalas akan soalan Mia, sebaliknya menarik Mia ke tangannya. Ia tidak mahu mengungkit semula akan kisahnya dengan Farhana. Ia mahu melupakan perempuan itu.
 Lalu mereka berdua menyambung latihan yang tergendala tadi. Mia tidak memaksa Nik untuk menjawab soalannya tadi walaupun ia sendiri merasa tidak selesa.


(bab seterusnya)

No comments:

Post a Comment