Thursday, February 16, 2012

me2u (28)


28


Sofie merebahkan badannya di atas sofa sebaik saja ia pulang ke rumah. Ia masih dapat merasakan hangit peluh akibat menunaikan komuniti servis di hari pertama. Lebih-lebih lagi dengan apa yang terjadi tadi. Baru hari pertama kena denda, sudah ada drama. Penatnya! Dikerlingnya jam di dinding.
“Pukul 6? Hmmmm. Penatnya.” Ia bermonolog sendirian.
“Baru balik, Fie?” Sapa Mak Timah yang baru keluar dari bahagian dapur.
Sofie mengangguk lemah. Pandangannya masih dihadapkan ke atas.
“Aik? Baju Fie yang tadi ke ni?” Soalnya sambil matanya liar memandang baju overall pembersih berwarna oren yang dipakai Sofie.
“Eh, tak adalah. Fie tukar baju tadi. Fie dah kena denda ni. Ahh, susahnya jadi pembersih ni mak Timah. Penat teramat sangat.” Sofie melepaskan keluhan. Mak Timah tertawa kecil mendengarnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Tak adalah susah sangat. Fie kena biasakan diri tau. Lagipun, siapa suruh Fie bergaduh kat sekolah tu?”
“Orang dah tunjuk belang, apa lagi. Fie bantai lah.”
Mak Timah menggelengkan kepalanya lagi. “Ish ish, Fie ni. Macam-macam. Nasib baik papa dan mama Fie tak tau pasal ni.”
“Kalau dorang tau pun, apa dorang nak buat? Dua-dua sibuk dengan business je. Kita kat rumah ni pun langsung tak nak peduli.” Sofie melepaskan rasa kesalnya.
“Tak baik Fie cakap macam tu. Tuan dan Puan sebenarnya sayang kat Fie dan Nik berdua.”
“Setiap bulan, oversea, oversea, oversea.”
Mak Timah tidak dapat berkata apa-apa, sedikit sebanyak ia dapat memahami akan perasaan anak majikannya itu. Kasihan. Ibu bapanya sibuk mencari sara hidup di luar, manakala anak-anaknya tinggal, kesunyian. Sama juga hidup bagaikan tidak beribu bapa.  Nasib baik Sofie ada abang yang penyayang.
“Fie pergi mandi dulu ya. Mak Timah pergi kedai kejap.”
“Hati-hati ya Mak Timah.”
Melihat bayangan Mak Timah hilang di balik pintu dapur, Sofie kembali merenung siling ruang tamu. Lama juga dia berbaring di situ. Tidak lama kemudian, ia mula tercari-cari akan kelibat abangnya.
“Aik? Mana abang Nik ni?”
Lalu ia mengorak langkah mencari kelibat abangnya. Dari bawah ke tingkat atas, kemudian turun balik. Tidak ada. Kemudian, ia melangkah keluar lalu mendapati abangnya sedang berenang di kolam renang.
“Kat sini rupanya dia.”
Lama-lama ia melangkah menghampiri kolam renang rumahnya.
“Wow, orange? Suits you well.” Nik memperli melihat baju ‘banduan’ yang dipakai oleh adiknya itu.
“It’s not funny.”
“Tu lah, siapa suruh Sofie bergaduh. Kan dah kena denda sekarang.”
“Ah, pedulilah. Benda dah jadi. Nak buat macammana?”
“So, apa perasaan anda setelah berkhidmat sebagai pembersih di sekolah?” Nik menyakat.
“Malas nak layan.” Sofie cuwek dengan karenah abangnya. “Eh, abang tak ada dance practice hari ni?”
“Nak practice apanya? Kan Mia pun kena denda. Apalah.”
Sofie menepuk dahi. “Eh, iyalah. Sorry. Fie lupa. Tapi kan, competition tu kan bulan depan. You don’t have time! Takkanlah abang kena pause dance practice tu selama dua minggu? Abang kena berlatih juga! Abang mesti menang dalam pertandingan tu no matter what.”
“Kenapa Fie beriya-iya sangat nak abang menang ni?”
Sofie menarik nafas, lalu menghembuskannya berat. “Pasal Fie nak abang kalahkan Farhana.”
“Aik? Bukan dia dah tarik diri ke?”
“Abang tak tahu?”
“Tahu apa?”
“Farhana kan ada partner baru, si Hafiz.”
Nik tersentak. Tidak percaya dengan kata-kata adiknya.
“Betul bang. Kalau abang tak percaya, ni nah abang tengok blast terbaru ni hah.” Sofie menunjukkan skrin telefon bimbit betul-betul di hadapan abangnya.
4-1-1 blast:
There’s a saying “If you love two people, choose the second person because if you really love the first one, you wouldn’t fall for the second one.”

Way to go F. Goodluck swaying with the new guy.

“Abang tak apa-apa?” Bicara Sofie apabila Nik selesai membaca berita itu. Nik langsung tidak menampakkan apa-apa reaksi. Sofie sangat bersimpati melihat abangnya selalu dilukai oleh perempuan itu.
“Perkara kecik je tu. Bukannya apa-apa pun. Dia nak menari dengan Hafiz. Ikut suka dialah.” Tenang Nik berbicara sambil menyandarkan badannya ke dinding kolam.
“Seriously, kenapa abang selalu tak nak mengaku yang Farhana tu memang heartbreaker?”
Nik terdiam.
“FYI, abang dah berubah tau tak? From this bubbly sunshine to misty coward!” Sofie menempik. Geram melihat abangnya terkedu apabila nama Farhana disebut.
“Fie tahu yang Farhana dah reject abang dua tahun yang lalu. Tapi kenapa abang nak berubah hanya pasal perempuan tu? Tak ada gunanya bang! Abang dah berubah jadi pretender yang suka berlagak cool, rude,ego. Kenapa abang kena upgrade perangai semua ni?”
“Pasal abang adalah lelaki. Fie perempuan mana paham benda ini semua!” Nik membalas, sedikit tinggi nadanya.
“Oh, kalau lelaki, mesti kena tonjolkan egolah. Mesti kasi up sikit la ego tu? Macam tu?!”
“Malas nak layan Fie.” Nik menyambung berenang. Cuba melarikan fikirannya yang sudah kusut masai. Tidak ada moodnya untuk bertengkar kata dengan adiknya itu.
“Oh by the way, Farhana tadi dah nak tunjuk belang dah.” Sofie menjerit membuatkan Nik mematikan laku lalu menoleh ke arah adiknya.
“Apa maksud Fie?”
Sofie duduk di birai kolam lalu merendamkan kedua kakinya ke dalam kolam. Manakala abangnya berdiri di sebelahnya untuk menantikan cerita yang sebentar lagi akan menggegar telinga.
MEREKA berempat kini siap dengan seragam pembersih berwarna oren. Masing-masing mendiamkan diri. Lalu mereka berjalan keluar untuk menunaikan hukuman mereka. Siap dengan membawa peralatan khas. Pada waktu itu, semua pelajar MIS sudah pulang kerana sesi kelas sudah berakhir. Cuma ada segelintir pelajar yang ada disebabkan CA pilihan masing-masing.
Mereka kini ditugaskan untuk membersihkan kawasan gymnasium. Waktu itu, ada kumpulan Cheerladies, pasukan sorak sekolah sedang menjalani latihan. Dari mereka melangkah masuk sampailah mencuci tingkap, mereka dapat mendengar bisikan dan ketawa dari belakang. Mereka tahu yang mereka sedang dipersendakan.
 Malas hendak melayan karenah mereka di belakang kerana yang ada di fikiran mereka sekarang ialah menyiapkan tugas mereka secepat yang mungkin, dengan itu mereka dapat pulang dengan lebih awal.
Lara, Tiara dan Mia khusyuk mengerjakan kerja mereka. Manakala Sofie yang sama juga sibuk membuat kerjanya, tiba-tiba merasakan ada sesuatu di belakang. Dikerlingnya seimbas, lalu ia mendapati Farhana sedang berjalan di belakang Mia dan secara spontan ia mengambil baldi yang berisi sabun lalu menumpahkannya sedikit demi sedikit ke lantai. Mia tidak menyedari akan hal itu, sebaliknya ia seronok menyanyi sendiri dengan telinga disumbati dengan earphone. Sofie mematikan laku, fokus melihat tindakan Farhana. Sengaja ia buat-buat tidak tahu. Kini ia baru sedar akan perangai sebenar Farhana. Tidak sangka.
Terus saja Farhana berlalu dari situ dan kembali ke tempat posisi Cheerladies sambil ketawa mengekeh. Niatnya untuk melihat Mia jatuh dan kawannya di belakang akan merakamnya melalui video dan akan menghantarnya ke arah MG.
Lara merasa senang apabila ia selesai mencuci tingkap di hadapannya. Namun dilihatnya sekeliling, semangatnya gugur. ‘Aaalah, banyak lagi. Hish!’ Terus ia mengorak langkah menuju ke tingkap sebelah, malangnya ia tersilap langkah. Dengan sekelip mata ia dapat merasakan tubuhnya ringan melayang dan BAP!
Pasukan Cheerladies yang menyaksikan kejadian itu terus ketawa sekuatnya. Habis bergema seluruh gymnasium itu dengan ketawa mereka. Sofie, Tiara dan Mia terus menoleh, bulat mata mereka apabila mendapati Lara duduk mengaduh kesakitan di bahagian punggungnya.
“Lara, are you okay?” Tiara terus meluru ke arahnya.
“Do I look like im okay?” Lara membalas. “Hish. Kerja siapa yang tumpahkan air sabun ni?! Mangkuk! Ini mesti kerja si Mia ni!” Lara menuding jari ke arah Mia.
“I did not!”
“Habis? Kenapa baldi awak yang penuh tadi, sekejap mata dah boleh jadi kosong macam tu?!” Lara menempik.
“Im busy cleaning this shit! I don’t have time to prank someone!” Mia membidas dengan marahnya. Geram kerana Lara menuduhnya sebarangan.
“I know who did it.” Sofie yang dari tadi diam terus menyampuk.
“Huh?!” Mereka bertiga serentak menoleh ke arahnya.
Sofie memuncungkan bibirnya ke arah Cheerladies yang kini sibuk menyambung latihan mereka. Masing-masing sibuk melilaukan mata untuk mencari suspek yang disyaki.
“Who?” Tiara menyoal hairan.
“Farhana.” Pendek Sofie menjawab.
Bagaikan membuak api marah Lara, ia cuba berdiri sambil menaikkan lengan bajunya ke paras siku, niatnya untuk mengerjakan perempuan itu.
“Eh! Eh! Apa kau buat ni?” Sofie menarik lengan Lara.
“Apa lagi? Aku nak pergi bantai betina tu lah!”
“Kau gila?! Kau nak kita ni kena denda sampai sebulan ke?”
“Why Farhana?” Mia menyoal. Ia bingung. Setahunya Farhana orangnya bukan jenis yang begitu. Kali ini mereka bertiga mengalihkan pandangan mereka ke arah Mia pula.
“Aku tengok dengan biji mata aku ni hah.” Sofie menuding jari ke arah matanya. “Dia yang tumpahkan air kau tu.”
“Why she did that?” Tiara pula menyoal.
Sofie mengeluh berat dan mengangkat bahu.
 “ITULAH yang terjadi tadi.” Kejadian di gymnasium tadi masih lagi berlegar-legar di fikirannya. Sofie memang tidak menyangka Farhana akan berkelakuan sebegitu terhadap Lara, Mia mahupun Tiara dan dia.
Nik pula bagaikan orang bisu. Ia cuba membayangkan bagaimana wajah Farhana dengan berperangai sedemikian. Itu bukan Farhana!

No comments:

Post a Comment