Tuesday, February 14, 2012

me2u (25)


25


Pagi itu memang pelik. Bukannya apa, mulai dari melangkah masuk ke sekolah sehinggalah masuk ke kelas, ia tidak putus-putus menerima sapaan mesra dan senyuman melebar dari pelajar lain. Sekarang Mia faham betapa kuatnya pengaruh Nik di sekolah itu.  
‘Once, I was a loner, now I’m popular? This is totally weird.’
Walaupun pelik menguasai diri, bibirnya tidak berat untuk membalas senyuman mereka. Terasa senang juga kerana kini kewujudannya seakan diterima. Tetapi ia masih tidak membiasakan diri di atas kenyataan yang dia ‘terkenal’ disebabkan hubungan-palsu diantara dia dan Nik. Terasa bersalah juga kerana menipu. Namun apakan daya, semua ini adalah untuk menyelamatkan Sofie dari dicemuh dan dimalukan buat kali ketiga. Mia kagum juga dengan sifat caring Nik tentang hal adik kembarnya.
Matanya melilau di sekeliling ruang foyer sekolah, cuba mencari kelibat Sofie. Tidak ada, ia meneruskan langkahnya menuju ke kelas Cikgu Rahmah.
**
Kertas dipegang kuat, sehinggakan kertas itu tidak lagi menjadi sesempurna dan selicin tadi. Lara menahan marah yang teramat sangat. Ia mahu membuang sesuatu. Rasa marah, cemburu dan kecewa yang sudahpun berbaur  tidak lagi dapat dibuang mentah-mentah. Ishq di sebelah memerhatikan gelagat Lara dengan sepenuh hati. Hairan melihat perubahan yang berlaku ke atas diri perempuan itu.
‘Apahal dengan dia ni?’
BUK!BUK!BUK!
Lara menumbuk permukaan meja dengan buku tangannya. Diikuti dengan bunyi pelik  yang terkeluar dari mulutnya. Ishq tidak lagi dapat menahan seribu persoalan yang menyerang mindanya. Lantas itu ia menarik tangan Lara dari terus menumbuk meja itu.
“Apa kena dengan awak ni?! Tumbuk meja tak tentu pasal!”
“Awak peduli apa?!” Lara menggertak balik, semakin marah kerana terhalang dari memenuhi kepuasannya menumbuk meja itu. “Lepaskan saya!”
“Saya tak akan lepaskan awak kalau awak tak beritahu saya apa yang berlaku.” Ishq membalas, sedikit tinggi nada suaranya.
Nasib hanya mereka berdua saja yang ada di kelas itu. Mereka yang lain masih lagi belum masuk. Memang semenjak Ishq masuk tadi, ia pun hairan mengapa Lara awal berada di situ. Selalunya akhir. Namun malas ia hendak bertanya, lalu ia pun duduk macam biasa di sebelah Lara. Tapi yang tidak disangkakannya pada waktu itu Lara akan berkelakuan macam orang hilang akal.
“Mind your own business!”
“Ok fine!” Dengan marahnya, Ishq melepaskan tangan Lara secara kasar. Terasa tersinggung juga apabila Lara membalas katanya dengan nada sebegitu.
Apatah lagi Lara, ia merasakan darahnya menggelegak ke kepala. Ia menolak kerusinya ke belakang, kasar lalu melangkah laju meninggalkan Ishq. Kebetulan sewaktu ia hendak keluar pintu, ia bertembung dengan Mia. Sepantas kilat, ia melanggar perempuan di hadapannya itu dengan sekuat tenaga yang ada lalu meninggalkan Mia terjelupuk ke lantai dengan buku yang ikut berteraburan. Ishq yang menyaksikan kejadian it uterus meluru ke arah Mia untuk menolongnya.
“Awak tak apa-apa?” Soal Ishq.
Mia yang dilanda kebingungan hanya mengangguk. Terkejut dan hairan apabila Lara berkelakuan sebegitu terhadapnya. Ia cuba mengutip buku-bukunya. Ishq cuba menolong juga.
“It’s ok.” Mia cuba menghalang.
Ishq tidak menghiraukannya, sebaliknya tangannya cekap mengutip buku-buku Mia. Kebetulan sewaktu ia mengutip buku tersebut, ia dapat melihat dari pandangan matanya yang ada susuk kelibat berdiri di muka pintu. Mereka berdua mendongak lalu mendapati Nik sedang berdiri memerhatikan mereka berdua yang kini masih terduduk di lantai.
“What’s up?” Nik cuba mengawal nada suara supaya tidak jelas menampakkan cemburu yang sudah menyucuk hatinya.
Mia hanya berlagak tenang, walaupun debaran di hati kian terasa. Kelakar juga, padahal ia dan Nik bukannya betul-betul bercinta pun. Mereka hanya berlakon di hadapan orang, tetapi kenapa terselit perasaan bersalahnya pada masa itu? Dan ada juga perasaan takut. Takut Nik berfikiran bukan-bukan tentang dia dan Ishq. Pelik kan?
“Nothing. Ishq cuma tolong saya je.” Mia membalas.
“Oh.” Pendek ia membalas, lalu masuk tanpa memberikan apa-apa reaksi marah mahupun cemburu. Nampaknya, ‘suis ego’nya sudah kuat terpasang.
Ishq lantas berdiri. “Nik, awak janganlah salah sangka. Saya dan Mia tak ada buat apa-apa.”
Nik ketawa sinis. “Saya tak nak tahu pun?”
“Eh? But I thought…..” Ishq tidak jadi menyambung ayatnya. Hairan juga dengan perlakuan Nik.
‘Tadi Lara, sekarang Nik pula? Mengapalah aku kena berhadapan dengan orang pelik hari ni?’ Ishq menggerutu di dalam hati.
Nik tidak membalas apa-apa. Sebaliknya ia membuka lembaran bukunya dan membuat catatan. Sekali pun ia tidak mengimbas ke arah Mia yang sedang tercegat berdiri di hadapan meja, lama. Menyedari akan hal itu, Nik mendongak.
“Awak berdiri buat apa? Duduklah.” Selamba ia membalas dengan riaksinya yang begitu susah untuk dijelaskan. Macam marah juga, macam tenang juga. Memang payah untuk membaca fikiran lelaki ini.
Mia cuwek. ‘What is with him?’
Tidak lama kemudian, Lara kembali masuk. Kali ini wajahnya kelihatan lebih tenang. Malangnya, air mukanya berubah sebaik saja ia melihat Nik dan Mia kini sudah berada di dalam kelas itu. Ishq yang kini juga sedang duduk memerhatikan gelagat Lara lagi. Mia juga turut memandang Lara. Cuba mencari jawapan kenapa Lara berkelakuan kasar padanya hari ini. Lara hanya membisu, namun dari lirikan pandangannya yang tajam memandang Mia, diikuti dengan jelingan seribu membuatkan Ishq kini tersedar bahawa Lara cemburu!
Mia pening! Pening dengan sikap Lara. Pening dengan perubahan Nik! Tidak tahan dengan situasi itu, ia terus melangkah keluar. Di fikirannya kini hanya satu. ‘toilet.’
Nik juga tidak tahan dengan cemburu yang kini sudah menggunung di dada, ia pun ikut melangkah keluar. Cuba mencari ketenangan sebelum waktu rehat habis.
Ishq semakin hairan dengan situasi di kelas itu. ‘Apa kena dengan mereka semua ni? Apa? Hari ni hari stress sedunia ke? Semua orang nampak stress hari ini. Haia!’
“Awak cemburu.” Pendek ia berkata sebaik saja Lara melabuhkan punggung di sebelahnya. Lara menoleh ke arahnya, pantas.
“Awak cemburu yang Mia kini couple dengan Nik?” Ia menekan lagi.
Lara kehilangan kata. Terkejut bukan kepalang apabila Ishq berkata sedemikian. ‘Senangnya ia membaca fikiran ku?!’
“Kalau ya pun, awak peduli apa?!” Lara membalas dengan nada kasar.
“Was that the only sentence you can tell? Peduli apa?! Memang sah awak cemburu.”
Lara semakin tidak tahan. Ia cuba keluar lagi namun Ishq terlebih pantas merentap lengannya.
“Kenapa awak nak lari dari semua ni? Is that the only thing you can do?! Run? Awak ingat lari persoalan ni boleh selesaikan masalah ke? Seriously, im really worried of you Kalau awak ada apa-apa masalah pun, awak ceritalah. Kalau awak tak nak luahkan kat saya, luahkanlah kat orang lain. Ini tak, main pendam je. Kalau awak nak pendam masalah ni, sampai bila-bila pun awak tak akan dapat selesaikan masalah dengan cemburu awak tu.” Panjang hujahnya. Entah kenapa secara tiba-tiba ia merasa protektif pulak.
“Lagipun pada saya, tidak ada gunanya awak cemburu macam ni Lara. Lepaskanlah. Nik dah ada Mia. Mia dah ada Nik. Kenapa dengan awak ni? Cemburu macam tu, buruk tau tak? Setahu saya, awak bukannya perempuan jenis macam tu. Jangan berubah semata-mata hanya kerana cemburu, Lara.” Ia menyambung lagi.
“Diam! Awak tidak tahu apa-apa tentang perasaan! Jangan nak jadi pensyarah pula!” Lara semakin tidak dapat menahan perasaannya. Ia menutup kedua belah telinga dengan kedua tapak tangannya.
“Say whatever you like.” Ishq membalas. “Tapi satu.” Ayatnya terhenti di situ.
Lara mendongak lalu melepaskan tangannya dari melekap ke telinganya secara perlahan-lahan.
“Awak perlu ingat, salahnya datang dari diri awak sendiri. Awak. Awak terlalu takut untuk meluahkan perasaan awak ke arah Nik dari dulu lagi. Awak cuba menunggu Nik untuk membuka langkah pertama tapi awak memang tahu itu tidak mungkin akan berlaku, tapi masalahnya awak masih lagi bersifat menunggu. Menunggu bulan jatuh ke riba, memang sia-sia. Dan sekarang awak nak salahkan Mia pula? Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri. Ingat Lara, tidak ada gunanya awak mengejar sesuatu yang tidak pernah mengejar awak.”
“Awak ingat awak siapa nak beritahu semua ini pada saya?! Apa hak awak nak terjah semua ini salah saya?!”
“Pasal saya suka awak!!” Ishq menjerit.
Lara tergamam. Bulat matanya mendengar kenyataan itu. Tidak tahan menahan malu dan sesak di dada, Ishq terus keluar meninggalkan Lara tercegat di situ.


No comments:

Post a Comment