26
“Ok class, you all can go now.” Arah Cikgu Rahmah sambil mengemas barangnya.
“Dan ingat, mulai besok, saya tak nak sesiapa akhir masuk kelas macam tadi.
Terutama sekali Mia, Nik dan Ishq.” Sambungnya lagi.
Ketiga-tiga mereka hanya mengangguk, faham akan
arahan cikgu mereka. Nik dari tadi hanya mendiamkan diri. Sepatah perkataan pun
tidak keluar dari mulutnya. Mia pun juga ikut membisu. Tidak tahu apa yang
berlaku dan juga keliru bagaimana untuk menegur Nik. Memang pelik perangai
lelaki ni.
“Dia jeles ke?’
Lama ia memerhatikan Nik. Lelaki itu sibuk mengemas
barangnya dan kelihatan berkira-kira untuk keluar.
“Pukul 4 petang karang, jangan lupa. Dance’s
practice.” Nik memberitahu dengan nada serius, sedikit pun ia tidak memandang
wajah Mia. Tanpa menunggu reaksi Mia, Nik terus keluar.
Mia kini bingung di tahap maksimum.
“Mia.” Tegur Sofie dari belakang. “Cepat kita pergi
kafe, lapar ni.” Sofie menggosok-gosok perut dengan membuat muka manja. Mia
tersenyum, lucu melihat perangai adik kembar ‘teman lelaki’nya itu.
“Jom.” Sahutnya. Mia berdiri dan entah dari mana
kelibat Lara melintas, ia sendiri tidak awas. Sekali lagi ia terlanggar dengan
perempuan itu. Hairannya, Mia seorang saja yang jatuh, sekali dengan bukunya.
“Apa ni? Buta ke?!” Marah Lara, dengan selamba ia
meninggalkan Mia sambil menghadiahkannya sepakan membuatkan bukunya
terpelanting lebih jauh lagi.
Sofie dan Mia terkesima.
“Wo, ini cari pasal ni namanya.” Sofie cuba meluru
ke arah Lara namun dihalang oleh Mia.
“Eh, don’t.”
“Dah terang-terang dia cari gaduh ni. Apalagi, kita
bantai lah.” Sofie membalas dengan geram.
“Maybe she’s just having a bad day.”
“Bad day mangkuk dia! Dah makin kurang ajar si Lara
tu. Memang pengaruh dari drama Tiara lah tu. Dasar manusia.”
“Let it be, just ignore it.”
Sofie masih tidak dapat menahan rasa marahnya.
“Awak tak tahu? Si Lara tu lah yang tarik kerusi awak
hari tu. Dia yang penyebab awak jatuh ke lantai sampai abang Nik pun ikut
landing sama.” Akhirnya diluahkannya juga perkara yang sudah lama terbuku di
hati.
“When?”
“Alaaa, masa abang Nik pun ikut jatuh atas awak tu
lah.”
Bulat mata Mia mendengarnya. “Serious?!”
“Do I look like im kidding?”
“Tapi kenapa?”
Sofie mengangkat bahu. “That’s why we need to find
out.”
**
Mereka berdua kini menyusuri kawasan lorong sekolah
di mana kedua sisi mereka dipenuhi dengan susunan loker sekolah. Sesak juga
kawasan tersebut dengan timbunan pelajar yang melintas. Namun itu tidak
menghalang Mia dari terus memikirkan tentang Lara dan Nik. Hatinya semakin
resah. Ia hanya tunduk memandang lantai tika berjalan. Sofie di sebelahnya
bagaikan tidak wujud. Tiba-tiba ia merasakan bahunya dilanggar. Ia tersentak
lalu menghentikan langkah.
“ ‘Excuse me would work!” Sofie terus menarik rambut
Lara lalu menolaknya semula dengan kasar, tidak tahan dengan sikap melampau
Lara.
“Apa masalah awak main kasar?!” Tiara yang ada di
hadapan menempelak, cuba melawankan sahabatnya.
Sofie melontarkan ketawa jahat. “Awak cuba beritahu
kawan awak tu, kalau nak cari gaduh tu, buat dengan cara Izhar; terang dan nyata.
Jangan nak langgar je! Bodoh tau!” Sofie menempik.
Semua yang ada di sekeliling mereka menghentikan
langkah lalu membuat bulatan di antara mereka bereempat, menantikan sesuatu
yang menarik berlaku.
“Sofie, let it go. Just ignore them.” Mia tidak ada mood
untuk melayan ‘perang’ yang sekejap lagi akan berlaku kerana ia masih terlalu pusing dengan masalahnya dan Nik.
“Ok, awak nak saya lakukannya dengan terang dan nyata? Bring it on!” Lara
menjerit. Terasa tercabar dengan kata-kata Sofie.
Mia cuba menarik Sofie, cuba membawanya jauh dari
mereka berdua. Lara makin sakit hati melihat Mia yang cuba menarik Sofie membawanya
jauh dari mereka berdua.
“Coward!” Serentak Lara dan Tiara menjerit ke arah
Mia.
Kini Mia yang merasa tercabar. “What did you just
said?”
“You heard me. C-O-W-A-R-D!” Lara menekan, cukup nyaring untuk orang di
sekeliling mereka mendengar.
“Lara, apa masalah awak sebenarnya?!” Mia menyoal,
terasa getaran di sebalik nada suaranya. Cuba menahan rasa marah yang
menyelubungi jiwa.
“YOU! You are my problem. You have a problem with
that?” Lara membalas, sinis. Ia menghampiri Mia dengan gaya jalannya yang
angkuh. Tangannya masih lagi setia memegang cocoa shake yang baru saja
dibelinya tadi.
“You know that Math have it’s own formula to solve
the problems, right?” Lara menyambung lagi. Jaraknya dengan Mia kini hanya
dipisahkan dengan udara sepanjang 10 inci. Mia dan Sofie dan semua yang ada di
situ hairan mendengar soalan Lara, apa pula kaitan Mia dengan Matematik?
“If you are Math, my formula to solve Math’s problem
is like this….” Lara terus menuang
minumannya ke atas kepala Mia.
Semua yang ada di situ terkejut bukan kepalang
melihat aksi Lara. Mereka terus bersorak, cuba menantikan perkara yang menarik
lagi untuk timbul iaitu ‘PERANG’.
Mia hanya berlagak tenang, ia masih lagi berdiri di
posisi yang sama. Walapun di dalam hati ia tidak sabar untuk ‘menganugerahkan
sesuatu’ ke arah Lara. ‘Anugerah sensasi’ lagi hebat!
“Thanks but no thanks, because I don’t take Math.” Mia berkata dengan selamba,
walapun kini ia dapat menghidu bau air koko yang merembes dari kepala ke wajah
dan terus ke bajunya. Tanpa menunggu
balasan dari Lara, Mia terus menumbuk wajah perempuan itu. Melepaskan rasa
marah yang sudah menggelegak di kepala. Lara terus terjelupuk ke lantai. Tiara
semakin geram dengan tindakan Mia, walaupun ia tahu yang itu adalah salah Lara
juga kerana ia yang memulakan segala-galanya. Bagaikan kilat Tiara menarik
rambut Mia lalu menolak dirinya.
PANG!
Memang tidak terperi sakitnya apabila wajah dan
badan Mia terhentak dengan loker di hadapannya. Sofie tidak dapat melihat Mia
disakiti begitu lalu ia pun menarik Tiara untuk berhadapan dengannya lalu
menarik rambutnya. Tiara juga melakukan hal yang sama.
“ARGHHHHH!” Masing-masing menjerit kesakitan, namun
tidak ada di antara mereka untuk melepaskan genggaman di antara satu sama lain.
Dendam lalu yang tersirat lama mula melimpah ruah.
“Woooooo! FIGHT, FIGHT, FIGHT, FIGHT!” Semua yang
ada di situ semakin bersorak dan keadaan menjadi kacau bilau kerana semakin
ramai yang mengerumuni mereka.
KLIK! KLIK! KLIK!
--
4-1-1 blasts:
Picture this. Girls gone bad? Someone call 911!
Nik, Jj, Dani, Ishq dan Taufik terus berlari menuju
ke tempat kejadian. Cuba meredakan keadaan sebelum sesuatu yang teruk bakal
berlaku. Sesudah mereka sampai di sana, mereka mendapati Mia dan Lara sudah pun
terjelupuk di lantai, manakala Sofie masih lagi ‘bercakar’ dengan Tiara. Nik
terus menarik adiknya, jauh dari Tiara. Manakala Taufik meluru ke arah Tiara
lalu membawanya keluar dari situ.
“Kenapa dengan kamu semua ni?! Awak ingat ini
permainan bola sepak ke?? Suka-suka hati nak bersorak.” Dani memarahi mereka
semua yang tidak bertanggungjawab, menyokong ‘perlawanan’ tadi. Mereka semua
terus berpusu-pusu meninggalkan kawasan itu. Takut melihat Dani.
“Sudahlah tu Dani, kau nak marah mereka pun tak ada
gunanya.” Jj cuba menenangkan sahabatnya.
Lara meninggalkan tempat itu dengan menutup pipinya
dengan tapak tangannya. Ishq berlari untuk mendapatkannya. Kini tinggal Nik,
Jj, Dani, Sofie dan Mia di situ.
“Fie tak apa-apa?!” Dani menyoal dengan riak risau
lalu meneliti wajah Sofie yang kini mengalami luka di bahagian bibir.
“Tak ada apa-apa, luka sikit saja ni. Adui!” Sofie
mengerang kesakitan apabila jarinya tersentuh akan luka tersebut.
“Nah, kan pedih tu. Mari.” Dani menarik Sofie,
membawanya ke bahagian farmasi khas sekolah. Bayangan mereka hilang di balik
tangga. Kini hanya tinggal Nik, Jj dan Mia.
“Dasar si Dani, peluang keemasan lah tu dapat
berkepit dengan adik kau.” Jj mengomel.
“Huh?” Mia hairan dengan kata-kata Jj.
“Uh? Tak ada
apa-apa. Ehe.” Jj kalut apabila menyedari akan ‘keterlepasannya’ itu. “Eh, aku
pergi dulu. Nak tengok keadaan Fie.”
Kini hanya Mia dan Nik saja. Mereka berdua
berpandangan di antara satu sama yang lain. Nik tidak lagi sesuram tadi. Wajahnya
sekarang memang tampak risau merenung Mia.
“Mia, awak ok?” Nik bertanya sambil meneliti keadaan
Mia yang kini mengalami sedikit lebam dan luka di kepala.
“Saya ok, but my head feels kinda weird.” Ia terasa
basah apabila ia menyentuh kepala berhampiran dengan dahinya. Lalu melihat di
jarinya kini dilumuri dengan cecair merah. DARAH!
“You’re bleeding!” Nik separuh menjerit. Lalu
mengeluarkan sapu tangan dari sakunya. Kemudian meletakkannya di kepala Mia
yang kini menampakkan darah dengan jelas.
“Tu lah, gaduh lagi. Kan dah cedera ni.” Nik
berleter. Mia hanya membisu. Salahnya juga menyahut ‘cabaran’ si Lara itu tadi.
Namun sekarang, yang membuat ia semakin terkelu adalah Nik. Perubahan drastik
lelaki itu memang membuatkan seribu satu soalan mengerumuni minda.
“Im sorry.” Tiba-tiba lelaki itu meminta maaf, macam
ia dapat membaca fikiran Mia. “Sorry pasal tadi aku…dingin dengan kau.”
Tangannya masih lagi merawat kepala Mia.
Mia mengeluh. “Awak jealous ke saya dengan Ishq tadi?”
Akhirnya Mia membalas setelah lama membisu.
“NO!” Cepat Nik membalas dengan nada tidak tentu
rasa.
“Awak jealous eh?” Mia menyakat dengan lirik matanya
yang nakal. Lama ia memandang lelaki itu.
“Nah, rawat sendiri!” Nik terus meletakkan tuala
tadi ke tangan Mia. Lalu meninggalkannya duduk di situ, membawa malu yang
menggunung. Sempat juga ia mengingatkan Mia tentang latihan menari mereka
petang karang. Mia merengus perlahan. Cuwek dengan perangai Nik macam angin
itu.
No comments:
Post a Comment