Monday, May 14, 2012

me2u (44)


44

Malam itu Mia tidak dapat melelapkan matanya. Ditolehnya jam, sudah masuk pukul 10 malam. Rintikan hujan di tingkap hanya ditatap kosong. Tidak tentu rasa menyerang dirinya. Duduk salah, berdiri salah, berbaring salah. Mia tidak tahu bagaimana hendak menangani perasaannya sekarang. Ia malu dengan dirinya.
Sejak pertemuannya dengan Sofie beberapa hari yang lalu, Mia selalu mahu untuk mendail nombor telefon Nik dan memberitahunya kisah yang sebenar. Tetapi apabila saja tangannya hendak mengangkat ganggang telefon, niatnya selalu saja batal.
Ia memaki hamun dirinya sendiri kerana terlalu mengikut naluri hati. Patutlah Nik membisu macam robot saja sewaktu ia memutuskan hubungan mereka pada malam tersebut. Mia kusut! Ia sudah melukai hati lelaki itu. Apa patut dibuatnya sekarang?!
Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Terus ia berlari meluru ke arah meja dan mendapatkan telefonnya.
“Helo?”
“Helo? Mia.” Kedengaran suara Sofie di hujung talian.
“Awak ada jumpa abang Nik tak?”Sofie menyoal dengan nadanya yang cemas.
Hati Mia berdegup kencang. “No, why?”
“Aduh, macammana ni? Abang Nik belum balik-balik dari tadi. Kami semua tengah risau ni.Kebelakangan ni abang Nik macam tertekan sangat. Now boom. he’s gone!”
“Wait, wait, wait. Awak kata dia stress?”
“Ya, kenapa?”
“Saya rasa saya tau dia kat mana.”
“Great! Where?!”
Soalan Sofie dibiarkan tidak berjawap, Mia terus mematikan talian dan langsung itu juga ia menukar pakaiannya lalu meluru keluar setelah mendapatkan dompetnya.
**
Duit not merah dihulurkan ke arah pemandu teksi tadi, kemudian ia terus berlari keluar untuk mencari kelibat Nik di situ. Nalurinya kuat mengatakan yang Nik ada di tempat duduk mereka dulu. Mia terus berlari dan berlari. Dan serentak itu juga hatinya bagaikan disentap apabila ia mendapati Nik sedang berdiri menghadap menara berkembar Petronas jauh di hadapan. Hatinya berdebar-debar. Ia cuba membetulkan topi MN yang dipakainya. Perlahan-lahan ia menghampiri lelaki itu.
Pada waktu itu Nik sudah pun bersedia untuk meninggalkan tempat itu. Setentunya dia akan merindui tempat ini. Bibirnya menguntum senyuman apabila teringat akan memori tatkala bersama-sama dengan Mia. Perempuan yang suka dibulinya dulu adalah perempuan yang sangat disayanginya sekarang. Ia akur dengan nasibnya yang tidak begitu baik dalam perkara luahan hati ke hati. Mia memang tidak mempunyai perasaan yang sama dengan apa yang dirasakannya terhadap perempuan itu.
Nik sangat terkejut apabila ia menoleh, ia mendapati Mia berada di belakangnya. “Astaghfirullahalazim. Awak ni buat saya terkejut sajalah!” Nik mengomel sambil mengurut dadanya berulang kali.
Mia cuba menahan ketawanya. Lucu melihat riaksi comel Nik tadi. Buat seketika ia tidak berkata apa-apa.
Nik berdehem. Sedikit malu juga. “Emm, apa awak buat kat sini?”
“Jumpa awak.”
“Awak ke mari pasal awak nak jumpa saya?” Nik mengulang balik kata-kata Mia. “Kenapa?” Tampak jelas riak nakal di matanya.
Mia cuba menahan geram yang datang.  “Pasal awak ada miss satu detail dalam surat tu.”
Nik terus diserang rasa malu apabila Mia menyebut tentang surat itu kerana di dalam surat itu ia menyatakan perasaannya yang sebenar terhadap Mia. Bahang panas terasa menjalar diseluruh wajahnya.
“Apa dia?” Ia cuba berlagak tenang.
“Is it true this cap is actually about your favourite basketball team? Minnesota Timberwolves?”
Nik terdiam sebentar. Tiba-tiba terukir senyuman manis di bibirnya. “No.”
“Then what is this symbolize for?” Mia terus menyoal lagi. Kali ini ia semakin menghampiri Nik. Kelihatan lelaki itu juga sedang menahan senyum.
“You and me. M&N.” Pendek ia menjawab. Namun itu sudah cukup untuk membuatkan wajah mereka semakin berseri-seri. Mereka berdua cuba menahan gembira yang sudah bergelodak di hati masing-masing. Mia tidak membalas apa-apa. Kelihatan ia berpuas hati dengan jawapan Nik. Jadinya prasangkanya yang tentang topi ini memang betul. Nik saja yang terlalu ego untuk mengakuinya.
“So that’s it?” Nik menyoal.
Mia tertunduk seketika sambil tersenyum manis. “Few months ago, saya ada jumpa dengan mamat gila ni, memang annoying! I pour drinks on his face, I kicked him, I shouted at him. He was my lab and dance partner dan paling mengejutkan lagi, he’s my fake boyfriend.”
Nik tersenyum malu.
“ I only know him for months, but it feels like I know him forever. We were like bestfriends.” Lembut suara Mia menyatakannya.
“And that’s it?” Nik menekan lagi, ia bagaikan dapat mengagak akan ayat yang seterusnya. Mia terdiam seketika.
 “I love you too.” Akhirnya terkeluar juga ayat itu.
Nik terkejut gembira! Terus ia meraih Mia ke dalam pelukannya.  “I love you Mia!” Nik menjerit. Mereka berdua merasa begitu gembira sekali. Masing-masing tidak menyangkakannya di tempat ini jugalah mereka akan meluahkan perasaan. Siapa sangka yang mereka akan jatuh hati di antara satu sama lain apabila selama ini mereka bergaduh bagaikan anjing dengan kucing.

TAMAT


No comments:

Post a Comment